Anak sulung mengidam ratah sebuk kopi, yang ke-2 al4han ‘pindah’ ke suami… baru 4 minggu dah kongsi rasa mual, isteri seb4k ada kata itu tanda sayang

SUDAH menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengalami alahan ketika h4mil.

Sering kali mereka akan alami alahan termasuklah muntah, loya dan sens1tif terhadap bau sesuatu yang tidak disenangi.

Namun, perkara ini bukanlah menghairankan bagi kaum wanita berbadan dua sama ada ia merupakan kandungan pertama ataupun mereka yang sudah mempunyai anak ramai.

Berlainan pula dengan wanita ini, Tian Raziah Jumari, 25, apabila suaminya yang terkena tempias al4han si isteri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mesra disapa Ummie berkata, suaminya Muhammad Afiq Aiman Nor Asikin, 29, mula mengalami al4han sejak hampir seminggu yang lalu.

“Saya sedang h4mil anak kedua dan kandungan saya baharu saja masuk empat minggu. Saya tahu yang saya h4mil selepas buat ujian dua minggu lepas.

“Mula-mula saya saja yang alami alahan sampai s4kit kepala, muntah dan tak boleh bau pelik macam ibu meng4ndung lain. Tak sangka pula baru ni lepas dapat tahu meng4ndung, suami pula alami alahan,” kata Ummie.

Suami Ummie mula mengalami alahan sejak hampir seminggu yang lalu.

Bercerita lanjut mengenai video yang menjadi tular, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan suaminya sedang muntah di sinki.

Kejadian itu berlaku semasa wanita h4mil ini menemani suaminya di tempat kerjanya di Klinik Dalaman Proton, Shah Alam, Selangor.

Jelas Ummie yang merupakan suri rumah ini, dia mengambil kesempatan untuk merakam keadaan suaminya mual itu sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga.

Masa anak pertama suami OK je takde mual atau muntah. Saya pun tak teruk sangat rasa pening sikit je.

Tian Raziah

“Suami saya bekerja sebagai Pegawai Perubatan. Kalau dia kerja syif malam memang saya dan anak sulung akan teman ikut pergi kerja. Masa dia tengah muntah dekat sinki tu saya kesian tapi tetap record untuk simpanan kenangan.

“Kesian tengok dia, masa dia ulang alik ke sinki tu, dia tak muntah cuma mual-mual saja. Dia cakap pada saya rasa macam ada angin dalam perut sampaikan geleng kepala tiap kali rasa mual.

“Nasib baik dia tak rasa lembik sampai kena ambil cuti tapi sekurang-kurangnya dia boleh rasa apa saya rasa masa meng4ndung,” seloroh Ummie.

Malah, dia juga sebak membaca komen selepas post video suami mual tu sebab ada yang kata alahan dialami suami tu sebab si dia sayangkan isteri.

“Menitis juga air mata baca orang cakap macam tu,” katanya yang menetap di Selayang, Selangor.

Antara perkongsian Ummie tentang suaminya yang mual ketika pulang dari tempat kerja.

Imbas Ummie, semasa meng4ndung anak pertama yang sudah berusia empat tahun, dia tidak alami alahan tervk tetapi mengidam makan kopi dan sirih.

Berbeza pula dengan anak kedua kali ini, di mana dia dan suami bergilir-gilir untuk mengalami alahan dan mual ini.

“Masa anak pertama suami OK je takde mual atau muntah. Saya pun tak tervk sangat rasa pening sikit je. Cuma saya rasa nak ratah serbuk kopi. Saya ratah macam makan milo.

“Disebabkan masa tu saya layan mengidam punya pasal, kopi tu tak rasa pahit pun. Rasa nikmat betul makan serbuk pahit tu tak perlu bancuh pun,” katanya.

Jelas Ummie, dia berharap semoga perjalanan meng4ndung kali ini dalam keadaan baik untuk dirinya dan juga bayi dalam kandungannya.

Ummie sebak membaca komen selepas post video kerana menurut netizen alahan dialami suami adalah kerana si dia sayangkan isteri.

“Bagi suami di luar sana, terutama sekali yang tak rasa apa isteri rasa, fahami dan hargailah mereka. Mereka banyak berk0rban menjaga kandungan selama sembilan bulan ini.

“Sudah pasti yang terkena tempias tahu apa yang isteri alami semasa h4mil. Walaupun ada para suami tidak merasai pengalaman ini tapi tidak bermakna mereka tak sayang isteri. Semua itu dengan keizinan Allah,” kata Ummie.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Anak sulung mengidam ratah sebuk kopi, yang ke-2 al4han ‘pindah’ ke suami… baru 4 minggu dah kongsi rasa mual, isteri seb4k ada kata itu tanda sayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page