Macam ada yang tak kena… isteri ser4m tengok Channa dit4ngkap suami jauh di atas bukit tak tenang waktu malam! Segera lepaskan 27 ekor ke sungai

IKAN haruan berkelip mata?

Itu antara mitos dan m1stik yang sering dibicarakan peminat dan penangkap ikan haruan mahupun tioman.

Kedua-dua jenis ikan itu adalah dari keluarga Channidae dalam pengkelasan saintifik dan dianggarkan terdapat 40 spesis dalam genus Channa yang mana kebanyakannya di Asia.

Menerusi beberapa video perkongsian Mira Yusof, suaminya merupakan salah seorang peminat dan penangkap ikan Channa di sungai atau atas bukit.

Bercerita mengenainya, ujar Mira, ikan-ikan tersebut dit4ngkap untuk dijual kepada peminat tetapi mal4ngnya kebanyakan daripada mereka mahu memlikinya sepasang – jantan dan betina.

“Ada yang tanya kenapa tangkap banyak-banyak, sebabnya ada yang beli ikan ni dengan kami, tapi nak yang pair susah dapat.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Dapat satu-satu, bila bawa balik orang tak nak. Bila dah banyak letak la dalam balang seekor-seekor. Suami bagi ulat atau udang kecil… dedak tak makan,” katanya.

Bagaimanapun, Mira memaklumkan bahawa suaminya terpaksa melepaskan kembali 27 ekor ikan Channa yang diperoleh.

Perkongsian videonya yang memaparkan ikan tersebut dilepaskan di longkang berhampiran sungai mendapat satu juta tontonan di samping menerima kira-kira 22,300 tanda suka

Antara ikan channa yang masih dipelihara.

Antara ikan Channa yang masih dipelihara.

Menceritakan kisah di sebalik ikan-ikan itu dilepaskan, Mira memuat naik satu lagi video penjelasan yang turut mendapat lebih 900,000 tontonan dan kira-kira 22,500 tanda suka.

Menerusi video itu, dia menyatakan ikan-ikan tersebut dilepaskan ke habitat asal kerana mereka sekeluarga merasakan ada sesuatu tidak kena dengannya.

“Masa suami pergi naik bukit tangkap ikan-ikan ni, ada dua tempat… satu lokasi okay je, satu lagi atas bukit yang tiada orang.

“Mereka pergi bertiga, suami dengar orang mengaji manakala kawan dia dengar suara aneh.

Channa andrao atau lebih mesra dipanggil channa biru

Channa Andrao atau lebih dikenali sebagai Channa biru. – Gambar hiasan

“Dan bila waktu malam, ada antara ikan-ikan ni yang jadi macam tak tenang duduk sampai kami pun terkejut,” coretnya di video.

Selain itu, katanya, antara faktor lain suaminya membuat keputusan untuk melepaskan semula ikan-ikan tersebut adalah disebabkan tiada pembeli.

“Bila dah tiada orang nak beli seekor, suami buat keputusan untuk lepaskan balik semua yang dalam balang sebab kes1an hidup dalam balang kecil macam tu tak boleh nak berenang bebas.

“Rasa macam an1aya binatang pula jadi daripada ikan m4ti dalam balang, baik lepaskan.

Kawasan lubuk yang sering dihuni channa

Kawasan lubuk yang menjadi lokasi suami Mira menangkap Channa.

“Cuma tak dapat nak lepaskan kat tempat yang mereka tangkap, hanya dapat lepaskan ke tempat asalnya iaitu sungai air tawar.

“Kami dah minta m4af sebelum lepaskan ikan-ikan tu, moga Allah merahmati apa yang kami lakukan,” ujarnya.

Menurutnya, kehidupannya bersama keluarga kembali ‘tenteram’ selepas kesemua ikan yang diletakkan di dalam balang dilepaskan.

Lepas siapkan rumah baru untuk mereka tiba-tiba kesemua anak Channa tu m4ti. Tapi kenapa m4ti?

MIRA YUSOF

“Alhamdulillah, kami makin tenang… hilang rasa bers4lah sebab letak dalam balang kecil. 27 ekor memang tak dapat la nak beli sampai 27 akuarium, tinggal yang ni (sepasang) ja.

“Selepas lepaskan 27 ekor ikan tu, pasangan Channa yang kami ada beranak 30 ekor.

“Jadi kami fikir nak pindahkan ‘mereka sekeluarga’ ke rumah (akuarium) besar sikit buat sementara waktu dan dah niat nanti besar sikit boleh bagi kepada siapa yang nak.

“Lepas siapkan rumah baru untuk mereka tiba-tiba kesemua anak Channa tu m4ti. Tapi kenapa m4ti?” soalnya bingung.

Di akhir videonya, Mira memaklumkan bahawa hanya empat ekor Channa sahaja yang berada di rumahnya dan kesemuanya diletakkan dalam akuarium.

Antara spesis ikan channa. - Gambar hiasan

Antara spesis ikan Channa. – Gambar hiasan

“Seekor mata ada line oren, seekor lagi besar dan cantik tapi tak aktif.

“Pengalaman kami sepanjang tempoh membela ikan ni cuma dia hilang tanpa kes4n, bangkai pun kami tak jumpa. Kalau time tangkap ikan tu, kami tiada lagi pengalaman jumpa makhluk ghaib dan sebagainya di hutan atau kawasan bukit.

“Di rumah pun, setakat ni kami belum pernah nampak terang-terang benda (makhluk ghaib) dan bila malam dia macam tak tenang tu, kami pun tak tahu apa sebabnya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Macam ada yang tak kena… isteri ser4m tengok Channa dit4ngkap suami jauh di atas bukit tak tenang waktu malam! Segera lepaskan 27 ekor ke sungai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page