Hil4ng seharian, esok jumpa k0ma dalam kereta! Adik ins4f 2 minggu jaga kakak di h0spital, sanggup Google cara jaga orang s4kit

PERASAAN pilu dalam hati, tiada siapa mampu mengerti.

Begitulah kata Uyank Ibrahim, 21, apabila mengenangkan semula pengalamannya selama dua minggu menjaga seorang ahli keluarga yang s4kit di h0spital.

Menurut pemuda itu, kakak sulungnya Suriani Ibrahim, 40, k0ma dan mengalami lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembed4han membuang dar4h beku dalam kepala, baru-baru ini.

“Kakak memang ada dar4h tinggi. Dalam dua minggu lepas, kakak h1lang selama sehari. Rupa-rupanya dia pengs4n dalam kereta ketika keluar ke bandar. Kami dapat tahu pun selepas dimaklumkan oleh p0lis.

“Kakak k0ma dalam seminggu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kemudian kakak juga menjalani pembed4han d4rah beku dalam kepala.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Alhamdulillah, sekarang kakak dah sedar tapi pertuturannya tak jelas. Dia str0k separuh badan belah kiri,” ujarnya yang senang disapa Uyank.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, kakaknya dibenarkan discaj dan pulang ke rumah pada Ahad lalu selepas dua minggu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

uyank22

Uyank (kanan) berkata, kakak sulungnya (kiri) sudah dibenarkan discaj pada Ahad lalu.

Mengimbas pengalaman dua minggu itu, Uyank menyifatkan ia sebagai pengalaman paling berharga yang meng1nsafkan dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Saya yang jaga kakak di h0spital kerana orang lain ada komitmen. Anak-anak kakak ada empat orang, semua masih kecil. Yang sulung pun baru tingkatan satu. Ini kali pertama saya jaga orang s4kit di hospital.

Kalau nak men4ngis depan dia pun saya tahan. Saya sebak memikirkan anak-anak kakak yang masih kecil.

UYANK

“Punyalah tak tahu, sampai saya terpaksa cari di Google mengenai cara-cara jaga orang s4kit. Ini mungkin pengalaman yang meng1nsafkan.

“Saya tidur-tidur ayam saja sepanjang di h0spital. Setiap empat jam, saya kena bancuh susu dan beri susu menerusi tiub untuk kakak.

“Mental kena kuat, saya memang rasa sed1h. Kalau nak men4ngis depan dia pun saya tahan. Saya sebak memikirkan anak-anak kakak yang masih kecil. Tapi Alhamdulillah, sekarang dia dah balik rumah, ramai keluarga boleh tolong jaga,” ujar Uyank lagi.

uyank3

Uyank terkejut video yang dikongsi tul4r di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Uyank berkata dia juga tidak mandi selama tiga hari ketika sibuk menguruskan kakaknya di hospital.

Dia turut berkongsi kisah itu menerusi bingkisan video menerusi TikTok sehingga meraih hampir 80,000 tontonan.

Kata Uyank, dia berterima kasih kepada netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral serta mendoakan kesihatan kakaknya.

uyank4

Jejaka Thailand yang menetap di Kelantan ini menganggap pengalaman menjaga kakaknya sebagai detik berharga dalam hidup.

“Saya sekadar suka-suka kongsi video di TikTok. Tak sangka ramai yang beri respon. Ramai juga yang kongsi pengalaman sama macam saya. Paling terharu, ramai yang mendoakan kakak,” ujar Uyank lagi.

Mengenai dirinya, Uyank yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan berkata, dia bekerja dengan keluarganya, menguruskan sebuah pusat rekreasi di negeri itu.

Uyank merupakan warganegara Thailand, namun keluarganya sudah berkelana ke Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Hil4ng seharian, esok jumpa k0ma dalam kereta! Adik ins4f 2 minggu jaga kakak di h0spital, sanggup Google cara jaga orang s4kit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page