Ayu Ting Ting belanja lebih RM1 juta untuk majlis kahwin adik

PENYANYI Indonesia Ayu Ting Ting sanggup menghabiskan wang lebih RM1 juta bagi merealisasikan impian adiknya untuk melangsungkan perkahwinan.

Bagi penyanyi lagu Alamat Palsu ini, apa yang lebih penting ialah membuatkan ibu bapanya gembira dengan majlis yang berjalan lancar.

“Perkahwinan dijalankan mengikut adat Sunda. Jadi pelbagai acara telah dirancang sejak dari awal lagi.

“Ibu bapa saya gembira melihat majlis yang berjalan lancar. Jadi bukan sahaja saya yang bahagia, malah ini untuk mereka juga.

“Semoga wang belanja majlis ini berbaloi. Syukur ramai orang yang sayang,” jelas Ayu.

Adik Ayu iaitu Assyifa Nuraini bernikah dengan pemuda bernama Nanda Fachrizal pada 6 Februari lalu.

Majlis akad nikah berlangsung di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.

Sebelum pernikahan berlangsung beberapa acara lain turut diadakan mengikut adat Sunda.

Majlis resepsi turut berlangsung meriah dengan dihadiri saudara terdekat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ayu Ting Ting belanja lebih RM1 juta untuk majlis kahwin adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page