“Dia pergi jam 2.30 petang semalam..”- Takziah Kepada Keluarga Datuk Adi Putra Atas Kehil4ngan Insan Tersayang

Pelakon popular, Datuk Adi Putra memaklumkan bapa kepada isterinya, Datin Aida Yusof iaitu Yusof Deraman telah men.inggal dunia pada Selasa. Perkhabaran duka tersebut dikongsikan sendiri Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Menurut Adi, Allahyarham bapa mentuanya itu telah pun menghembuskan nafas yang terakhir sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Assalamualaikum. Ayahanda kepada isteri saya, Almarhum Yusof Deraman telah pulang ke rahmatullah pada hari ini (semalam), 20 September pukul 2.30 petang,” tulisnya. Pada masa sama, pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pa.hlawan ini turut memohon jasa baik semua agar mendoakan Allahyarham bapa mertuanya itu ditempatkan di kalangan orang beriman

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dihimpunkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” kongsinya lagi. Bagaimanapun, Adi tidak mengulas lanjut mengenai punca kem.atian a.rwah bapa mertuanya itu. Meninjau ke ruangan komen, netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Adi sekeluarga. “Al-Fatihah dibaca. 

“Salam takziah buat abang sekeluarga,” titip pelakon, Nas-T. “Salam takziah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen pelakon, Adam Shahz “Salam takziah buat Adi dan isteri. Semoga tabah melalui ujian ini,” komen seorang netizen. Bapa Mentua Datuk Adi Putra Meninggal Dunia, Netizen & Rakan Selebriti Kongsi Rasa Sedih

Sekadar informasi, Adi dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 April 2006 sebelum berpisah pada 2017. Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk kembali bersama dan bernikah semula pada Januari 2018.  Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Adi Putra & Aida Yusof

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : Rentasasia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Dia pergi jam 2.30 petang semalam..”- Takziah Kepada Keluarga Datuk Adi Putra Atas Kehil4ngan Insan Tersayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page