Tahniah! Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi keempat

PENYANYI Adira Suhaimi berkongsi khabar gembira selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh pada Khamis.

Memaklumkan perkara tersebut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 31, berkata, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan secara pembedah4n.

“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan b.ius pembe.dahan yang dijalani tengahari tadi.

Adira suami

Adira dan Adnan berkahwin pada 2015.

“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.

“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.

Adira sebelum itu turut berkongsi gambar bayi keempatnya itu menerusi satu hantaran di media sosial.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun yang kini berusia 3 tahun.

Sumber:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tahniah! Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi keempat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page