Nasib terbela… Balu rider dirempvh SUV terima pencen Perkeso sepanjang hidup

SEDIKIT kelegaan di sebalik kedukaan untuk balu yang kehilangan suaminya, Allahyarham Muhaimin Said selepas terk.orban dalam satu kem.alangan apabila menerima dua bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Balu a.rwah, Nur Izwana Othman, 26, menerima Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan untuk Akta 4 berjumlah RM882.98 sebulan yang dibayar secara berkala sepanjang hayat.

Selain itu, Nur Izwana juga layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM837 sebulan yang akan dibayar seumur hidup.

Kedua-dua faedah itu diserahkan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada balu a.rwah di kediamannya di Kampung Rantau Panjang pada Isnin.

“Waris juga menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 untuk sekali bayar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi Akta 789.

Balu a.rwah, Izwana ketika menerima bantuan diberikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed

“Bagi caruman SKSPS, a.rwah merupakan salah seorang daripada penerima insentif Kerajaan menerusi SPS Padanan Caruman (SPS Gig) di bawah Bajet 2022,” katanya kepada media.

Pada 3 September lalu, Muhaimin, 34, yang dalam perjalanan untuk mengambil pesanan makanan pelanggan terk.orban akibat dil.anggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Haji Sirat, Meru di Klang.

Akibat rempuhan tersebut, Muhaimin disahkan men.inggal dunia selepas mengalami kec.ederaan p.arah pada bahagian dada dan organ dalaman.

Tambah Azman, walaupun ar.wah Muhaimin tidak lagi bekerja dengan majikan dalam sektor formal, namun dia masih dilindungi di bawah Akta 4 kerana skim perlindungan ini adalah berasaskan prinsip ‘Once In, Always In’.

“Oleh itu, orang tanggungan layak menerima Pencen Penakat apabila Orang Berinsurans (OB) meninggal dunia akibat sebarang sebab sebelum mencapai umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian sama, seorang lagi penghantar makanan turut dir.empuh kenderaan sehingga menyebabkan m.angsa mengalami kecederaan p.arah.

Bagaimanapun dia tidak dilindungi Perkeso.

“Perkeso ingin menyeru orang ramai khususnya golongan yang bekerja sendiri untuk mencarum dengan SKSPS dan merebut peluang untuk mendapatkan bantuan padanan caruman SKSPS oleh Kerajaan.

“Dengan adanya perlindungan daripada Perkeso, sekurang-kurangnya nasib dan bebanan yang perlu ditanggung oleh Orang Berinsurans (OB) mahupun waris mereka akan terbela,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Nasib terbela… Balu rider dirempvh SUV terima pencen Perkeso sepanjang hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page