“Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah” – Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita

DIDAKWA tidak menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah selepas berc.erai dengan Fatin Afeefa, pelakon Adam Shahz akhirnya tampil menjawab beberapa tud.uhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab itu dan menyimpan semua transaksi pembayaran sejak mereka berpisah.

Kata Adam lagi, tindakan Fatin membangk.itkan isu tuntutan nafkah ini dilihat sekadar untuk meraih perhatian orang ramai di media sosial.

adam shahz 1

Adam dakwa bekas isteri putar belit kisah sebenar.

“Saya ada semua transaksi pembayaran nafkah sebagai bukti. Kalau ada yang h.ilang pun boleh pergi bank minta print semula. Tak wujud isu kononnya saya gagal membayar nafkah.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Dia seolah-olah menjadikan saya bahan marketing dengan cerita kisah ini di media sosial sehingga ada orang yang m.aki saya.

“Apa yang cuba dia sembunyikan sehingga saya dijadikan sebagai ‘benteng’ untuk orang m.aki? Jangan seronok sangat bercakap kerana t.akut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Adam menerusi beberapa perkongsian di Instastory miliknya mendakwa Fatin sengaja memutar-belit cerita sebenar tentang perc.eraian mereka.

Terkesan dengan pandangan orang ramai yang dilihat seakan-akan menuding jari ke arahnya, Adam menasihatkan Fatin supaya membawa perkara tersebut ke pengadilan jika benar dia tidak melunaskan tanggungjawab.

“Kalau ada cerita begini biasanya lelakilah yang akan nampak salah. Daripada cerita di media sosial lebih baik dia mengadu ke mahkamah jika saya tidak bayar nafkah. Gunakan jalan yang betul.

Jangan seronok sangat bercakap kerana t.akut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas

ADAM SHAHZ

PELAKON

“Apa yang dia buat beri kesan kepada saya dan keluarga. Orang sekeliling mula bercakap tentang kisah lama kami. Sekarang orang sudah tahu bahawa saya bukan suami pertama. Dia sendiri yang buka kisah tersebut,” katanya.

Adam dan Faten mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.

Pasangan ini bercerai pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dan ketika itu kedua-dua bersetuju bahawa hak penjagaan anak dilakukan bersama.

adam shahz 4

Adam juga mahu menuntut hak penjagaan anak.

Bagaimanapun Adam memberitahu kebelakangan ini dia sukar bertemu anaknya itu atas pelbagai alasan yang diberikan oleh Fatin dan juga keluarganya.

Justeru Adam membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan hak yang sepatutnya sebagai seorang bapa.

“Hak penjagaan anak tidak diputuskan oleh mahkamah dan kami setuju untuk melakukannya bersama. Sejak berc.erai anak kami tinggal bersama keluarga Fatin dan saya akan datang ambil apabila ingin berjumpa.

“Namun sejak dua minggu lalu saya sudah tidak bertemu anak. Katanya belajar di sekolah tahfiz dari pagi sehingga malam. Macam-macam alasan diberikan.

“Saya dah tak boleh berdiam. Selama ini asyik nak sorokkan kisah sebenar dan menjaga a.ib. Sebagai langkah awal saya akan buat tuntutan di mahkamah tentang hak penjagaan anak. Selebihnya saya belum boleh kongsi,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah” – Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page

Omgomg Onion Darkmarket