Keluarga Setuju, Da’i Syed Nak Kahwin Dengan Pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail?

Pendakwah selebriti Da’i Syed mengakui sedang mengenali hati budi apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana Ismail.

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, bagaimanapun enggan terlalu terbuka bercerita mengenai hubungannya dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah itu kerana bimbang yang dirancang tidak menjadi.

“Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut lagi. Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Jika ada berita baik ke arah hubungan yang lebih serius saya akan beritahu,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai fotonya dan Hana bersama kedua-dua ibu mereka dalam sebuah majlis, Da’i Syed menjelaskan ia hanyalah pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.

Katanya, keluarga mereka tiada masalah untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Jelasnya, dia mengenali Hana dua minggu sebelum pertemuan antara dua keluarga itu.

Bersedia menggalas tanggungjawab nakhoda rumah tangga, Da’i Syed berharap perancangan ke arah membina masjid itu berjalan lancar.

“InsyaAllah saya sudah bersedia untuk kahwin. Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” jelasnya. 

Bagi Tips

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : cari

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Keluarga Setuju, Da’i Syed Nak Kahwin Dengan Pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page

Omgomg Onion Darkmarket