“Takkan nak sembunyi kebenaran” – Siti Afifah maafkan netizen tak cukup ilmu isu suami dayvs, minum susu punca kutu

PENDAKWAH bebas iaitu Ustazah Siti Afifah tidak ambil hati dan sudah memaafkan netizen meskipun menerima kec.aman hebat di media sosial baru-baru ini.

Kata Afifah atau Siti Afifah Shahbudin, walaupun teruk dike.cam dia sudah memaafkan orang ramai termasuklah artis yang memberikan kritikan terhadap kenyataan kontroversinya sebelum ini.

“Saya tak marah pun sebab netizen cakap apa yang mereka faham.

“Saya maafkan… macam artis-artis pun saya maafkan.

“Macam semalam selepas saya terangkan mereka pun tidak lagi melenting kerana sudah faham,” katanya kepada mStar.

VIDEO :

Video perkongsian seorang Ustazah bernama Siti Afifiah Shahbudin di TikTok lantang menyuarakan mengenai kaum ibu yang ingin bersalin tidak patut mendedahkan aurat di hadapan doktor lelaki mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lantang dan tegas, Siti Afifah menganggap seorang suami sepatutnya menjaga maruah isteri dengan menyediakan doktor wanita untuk menyambut kelahiran anak mereka.

“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, ma.rah! Kalau kamu tak takut d.osa dengan Allah, esok Allah tanya… aurat isteri kamu tu tidak adalah kemudaratan kerana ramai doktor-doktor wanita di luar sana.

“Ramai doktor wanita di luar sana, lebih ramai, kenapa duk dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak, yang tengok ‘bawah’ bini awak tu.

“Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain yang melihat aurat isteri dia, di bawah tempat rahsia yang hanya suami saja tahu.

“Mana rahsia dia? Mana dia? Ustazah kata, mana kebenaran kamu sebagai seorang lelaki. Kamu ingat di dunia, kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main,” tegasnya.

Malah, Siti Afifah turut menggelar lelaki yang membenarkan doktor lelaki melihat bahagian kem.aluan isteri mereka itu adalah d.ayus.

“Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.

“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah. Kamu da.yus. Suami yang d.ayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,” ujarnya lagi.

Siti Afifah turut menasihati golongan suami agar menyimpan wang sekitar RM4,000 dalam tempoh sembilan bulan isteri hamil untuk membayar kos melahirkan anak di hospital swasta yang menyediakan khidmat doktor wanita.

“Bayarlah doktor perempuan. Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau s.akit perut pun bising dan kecoh,” katanya lagi.

Rata-rata netizen berasa kurang setuju dengan kenyataan tersebut memandangkan bukan semua orang berkemampuan untuk mengumpul wang sebanyak itu.

“Kami orang susah… mana mampu nak pergi hospital mahal. Allah yang tahu kami ibu-ibu bersalin. Janji kami semua selamat bersalin.

“Memang semua ada RM10,000 dalam tangan nak hantar bini bersalin di hospital swasta. Jangan senang-senang jatuh hukum walaupun ustazah sekalipun.

“Ustaz Azhar Idrus beritahu tak apa kalau darurat dan tak ada doktor perempuan dan waktu itu ada doktor lelaki sahaja. Itu la yang pernah saya dengar daripada penjelasan Ustaz Azhar,” komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar/gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Takkan nak sembunyi kebenaran” – Siti Afifah maafkan netizen tak cukup ilmu isu suami dayvs, minum susu punca kutu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page

Omgomg Onion Darkmarket