Kenali Siapa Sebenarnya Pelakon Anna Jobling, Gadis K4cukan Melayu-Inggeris Yang Menjadi Bualan Ramai Peminat

Drama bersiri, Melur Untuk Firdaus yang bersiaran pada 27 Mei lalu mencetuskan fenomenanya tersendiri. Diadaptasi daripada novel ‘My Rude Wife’ karya Cik Nor Cinta, drama yang diarahkan oleh Zamri Zakaria ini tular sampai ke Indonesia.

 

Gandingan utama Anna Jobling dan Meerqeen dalam ‘Melur Untuk Firdaus’.

Gandingan Anna Jobling dan Meerqeen sebagai peneraju utama drama ini ternyata memberi impak sehingga menjadi bualan hangat warganet. Rata-rata suka dengan jalan cerita serta lakonan ‘sweet and natural’ kedua-dua bintang baharu itu.

 

Anna Jobling ‘lahir’ dari pertandingan Dewi Remaja 2018/2019. Anna dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai antaranya Haneesya Hanee dan Zeera Azizi.

Kecantikan Anna Jobling turut menjadi perhatian ramai. Mungkin ada yang masih belum mengenali siapa gadis kacukan Melayu-Inggeris ini.

  

Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini merupakan pemenang keempat Dewi Remaja 2018/2019. Anna yang kini berusia 22 tahun memiliki ketinggian 168 sentimeter dan merupakan seorang pelakon, pengacara serta model.

 

Bapanya yang berasal dari United Kingdom merupakan seorang jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya berbangsa Melayu anak jati Melaka. Anna yang merupakan anak tunggal dalam keluarga mula bergelar model fesyen untuk majalah dan iklan komersil pada usia 15 tahun.

Anna Jobling bersama ibunya.

Antara kelebihan dimiliki oleh Anna sebagai gadis berdar4h k4cukan ialah dia membesar dalam dua budaya berbeza iaitu Malaysia dan Inggeris. Dengan kelebihan itu, Anna menjadi seorang gadis yang matang dan berfikiran terbuka. Malah, Anna sangat menggemari makanan Malaysia biarpun mmeiliki dar4h k4cukan Inggeris.

Meskipun berperwatakan lembut, Anna sebenarnya seorang pencinta aktiviti lasak seperti bungee jumping dan diving.

  

Antara ciri-ciri lelaki idaman Anna ialah memahami diri serta kerjayanya, dan paling penting bukan seorang pengongkong.

Sejak itu, Anna mula aktif sebagai model iklan televisyen dan penghias muka depan majalah. Manakala kerjaya lakonan Anna bermula apabila dia ditawarkan berlakon dalam filem Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick.

Kredit Foto: Instagram Anna Jobling

Sumber : nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Kenali Siapa Sebenarnya Pelakon Anna Jobling, Gadis K4cukan Melayu-Inggeris Yang Menjadi Bualan Ramai Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page

Omgomg Onion Darkmarket