Wanita tvlar Lahir Tnpa Tangan Selamat Bertunang, Reaksi Bakal Mentua Pakaikan Gelang Kaki tarik perhatian

Dilahirkan tanpa kedua-dua belah kanan, sewaktu 2019 lalu wanita bernama Norfarrah Syahirah telah viral kerana kemahirannya memandu kereta menggunakan kaki. Semangat juangnya yang keras belajar berdikari melakukan semua rutin harian tanpa mengharapkan bantuan atau ihsan orang lain cukup membuatkan netizen merasa kagum.

Farrah & Zul sedondon berbaju hijau mint ketika majlis pertunangan. Dalam perkongsian terbaru, Farrah yang kini berusia 34 tahun telah berkongsikan detik bahagia majlis pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Zul. Dalam beberapa gambar yang dimuat naik ke laman Instagram, pasangan berkenaan dilihat sedondon mengenakan baju berona hijau lembut.

One step closer…Bakal ibu mentua tersenyum manis pakaikan Farrah gelang kaki. Selain daripada itu, saat ketika bakal ibu mentuanya memakaikan gelang kaki juga menarik perhatian ramai. Walaupun majlis pertunangan itu berlangsung dalam suasana sederhana, senyuman bahagia yang terukir di wajah mereka berdua cukup mengharukan sekali.

Dahulu Farrah pernah mendirikan rumah tangga namun jodoh terhenti di tengah jalan. Melalui temubual dengan portal Kashoorga yang diterbitkan 26/12/2019 dulu, Farrah ada berkongsikan sebenarnya dia pernah berkahwin sebelum ini namun is tidak berkekalan. Justeru apabila bercakap soal jodoh, dia tidak menolak kehadiran pengganti baru yang diharapkan dapat menerima dirinya seikhlas hati. Sumber Kisah dunia.

“MULA-MULA memang takut tetapi saya beranikan diri untuk belajar memandu kerana mahu berdikari dan enggan menyusahkan orang sekeliling,” kata Norfarrah Syahirah Shaari, 31.

Norfarrah, 31 adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang kudung kedua belah tangan sejak lahir dan menggunakan kaki untuk melakukan kerja harian termasuk memandu ke tempat kerja serta lain-lain destinasi. Menurut Norfarrah, rutin memandu itu dilakukannya sejak tujuh tahun lalu dan sudah dapat membiasakan diri walaupun ketika berseorangan.

Katanya, dulu, bapa, Shaari Othman, 64, kerap berulang alik dari rumah untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari tempat kerja dan keadaan itu membuatkan dia terfikir sampai bila perlu mengharapkan bapanya serta orang sekeliling.“Bertitik tolak dari situ, timbul keinginan untuk memiliki lesen memandu dan mulanya, saya tidak yakin sehingga melihat kebolehan seorang rakan OKU memandu walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan.

“Sejak itu juga, saya kerap berhubung dengannya (rakan OKU) untuk bertanya dengan lebih lanjut sebelum memberanikan diri untuk belajar dan alhamdulillah, saya lulus dalam ujian memandu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Norfarrah yang kini bertugas sebagai pembantu tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak berkata, dia mengambil masa dua minggu saja untuk membiasakan diri memandu menggunakan kaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bideo Bideo (@bideo753)

Menurut Norfarrah, perkara paling sukar dilakukannya ketika mula memandu adalah meletak kenderaan dalam keadaan mengundur. “Memang sukar tetapi tak sampai sebulan, saya sudah dapat membiasakan diri untuk memandu sendiri dengan yakin.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan setakat ini, saya belum pernah terbabit dengan kemaIangan jalan raya. “Malah, saya selesa memandu dengan kedua belah kaki dan tidak timbul masalah kerana selama ini, rutin harian lain turut dilakukan dengan anggota berkenaan,” katanya. Sumber Hmetro via utnews24

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Wanita tvlar Lahir Tnpa Tangan Selamat Bertunang, Reaksi Bakal Mentua Pakaikan Gelang Kaki tarik perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page

Omgomg Onion Darkmarket