[VIDEO] ‘Ini Antara Petanda Akhir Zaman ..’ PU Amin Gesa Ustazah Siti Afifah Kawal Diri, Henti Kngsi Info Tidak Sahih

Nampak gayanya penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah ‘kebal’ dengan netizen biarpun tidak henti menerima kec.aman selepas satu persatu kontr.oversi timbul.

Jaga tutur kata

Terbaharu, Siti Afifah mengupas mengenai pengambilan ubat t.ahan s.akit yang didakwa h.aram. Dakwa Siti Afifah, amalan dan doa seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya sesuatu benda h.aram masuk ke dalam tubuh badan mereka.

Bukan sahaja pengguna media sosial keliru mendengar, bahkan Pencetus Umah (PU) Amin juga pening kepala selepas menonton video yang berdurasi dua minit empat saat itu.

Menerusi video di TikTok, Amin menasihati Siti Afifah untuk tidak berkongsi maklumat yang mengelirukan sehingga boleh menimbulkan perb.alahan dalam kalangan umat Islam.

Macam mana pula makan ubat tahan s.akit boleh masuk api neraka?Lepas itu amalan pula tak diterima 40 hari? Habis itu, amalan hari ke 41 dan seterusnya macam mana pula?

Tolong sangat kalau nak jadi orang yang mempengaruhi, tolong jangan buat perkara boleh mengelirukan. Buat perkara yang boleh jadi perb.alahan.

Petanda akhir zaman

Selain itu, Amin, 32, mengingatkan Siti Afifah untuk menjaga gelaran dan imej guru agama bagi mengelakkan dipandang rendah.

Kongsikan maklumat dengan fakta yang tepat. Takut nama ustaz dan ustazah itu tercemar. Hari ini kita nak pulihkan imej agama kita. Hari ini kita nak tegakkan shia agama kita. Jangan jadi orang yang boleh menyebabkan agama ini terbantut.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyatakan perbuatan Siti Afifah menunjukkan petanda dunia sudah akhir zaman.

Tolong kawal diri, tolong jaga peribadi. Pelihara diri kita daripada bercakap bukan-bukan dan perihal yang tidak tahu. Ini juga antara petanda-petanda akhir zaman di mana kita nak cakap semua benda sehinggakan agama tercemar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bideo Bideo (@bideo753)

Sumber: TikTok @ustazamirulamin via ob

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Ini Antara Petanda Akhir Zaman ..’ PU Amin Gesa Ustazah Siti Afifah Kawal Diri, Henti Kngsi Info Tidak Sahih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


You cannot copy content of this page

Omgomg Onion Darkmarket